Thursday, February 5, 2015

KEK BATIK MUDAH

assalamualaikum..

bila post gambar kek batik kat fb.ramai yang inbox nak resepi kek batik ni..resepi nya sangat simple tapi pasti sedap dan menjadi..untuk memudahkan, saya letak resepi dalam blog.senang simpan dan senang nak cari semula ;)




KEK BATIK MUDAH

bahan-bahan :
250g butter
1 pack biskut maree tiger - patahkan 4bahagian
1 pack milo (200g)
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat
secubit garam

cara-cara :
-cairkan butter menggunakan api sederhana.
-masukkan susu pekat.kacau hingga sebati.
-masukkan secubit garam.
-masukkan serbuk koko dan milo sedikit demi sedikit sambil kacau2 hingga semuanya sebati
-tutup api dan masukkan biskut maree
-gaul hingga coklat sebati dengan semua biskut maree
-masukkan dalam loyang yang telah dilapik dengan plastik
-sejukkan dalam peti ais

nota : bila kek batik dan keras.keluarkan kek batik dalam 5minit sblm nak makan.barulah rasa lembut dan sedap.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...