Friday, January 24, 2014

PUDING CAREMEL


PUDING CAREMEL

Bahan-bahan puding :
1 tin susu cair brand ideal
1/2 tin air-sukat menggunakan tin susu
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil baking powder(saya guna sudu kfc)
secubit garam

gula hangus :
1 cawan gula
1 cawan air panas
**masak gula dengan api sederhana sehingga hangus(bewarna kuning keemasan)
**masukkan air panas sedikit demi sedikit(hati2 kerana gula akan meletup2)
**sejukkan

Cara-cara :
-campurkan semua bahan puding dan kacau perlahan hingga sebati.(jgn kacau kuat2)
-masukkan gula hangus ke dalam loyang.ratakan.
-tuangkan adunan puding kedalam loyang gula hangus tadi.
-panaskan air kukusan.kukus adunan selama 20-30 minit.
-setelah masak.biarkan sejuk.kemudian masukkan dalam peti ais.
-terbalikkan apabila telah sejuk dlm peti ais..caranya, tekapkan pinggan diatas loyang.terbalikkan dengan laju(berhati2 kerana air gula akan tertumpah)
-sedap dimakan sejuk.

Nota : bungkus tutup kukusan dengan kain utk mengelakkan wap menitik kedalam loyang puding caremel.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...